Monday, September 12, 2011

Kijang Baham Johor FC

KELANTAN terpaksa berkerja keras sebelum berjaya menewaskan Johor FC 2-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Kenyataan itu disokong Ketua Jurulatih, Datuk M Karathu yang menyifatkan Johor FC pencabar yang kuat walaupun tewas kepada Felda United 0-2 pada perlawanan pertama.


Karathu berkata, pasukan lawan berkunjung dengan persiapan rapi dan cukup bersedia memaksa pemain The Red Warriros (TRW) bertungkus lumus sehingga tiupan wisel penamat.

“Mereka cukup bersedia sehingga kami terpaksa menyusun strategi lain dan akhirnya berjaya mengawal permainan dan hasil kelekaan pemain lawan, Ramzul dapat menjaringkan gol kemenangan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Johor FC, Azuan Zain berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang mampu memberi saingan namun kerana kelekaan pada hujung perlawanan, mereka menerima padah.

Azuan berkata, beliau akan cuba memperbaiki kelemahan pasukannya sebelum menentang Sarawak.

“Sekalipun tewas, saya puji semangat ditunjukkan pemain dan puas hati dengan kesungguhan mereka,” katanya.

0 komen:

Post a Comment