KUALA LUMPUR: Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati
99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.
Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi.
Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook,
bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang
direkodkan pada 6.11 pagi ini, berdasar petikan dari google cache.
Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan
perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden
menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.
Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.
Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook
‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan
Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman
sosial berkenaan.
Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.
0 komen:
Post a Comment