Friday, May 20, 2011

Kembali Rampas Persada Liga



KUALA LUMPUR – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan KL Felda United FC 3-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. 

Malah, kejayaan T-Team mengalahkan Selangor 2-1 pada aksi sebelah petang di Kuala Terengganu memberi motivasi kepada anak buah Datuk M Karathu untuk merampas gelaran selaku pendahulu liga malam tadi. 

Seawal minit kelima, Felda United FC diberikan ‘sepakan penalti kontroversi’ setelah penjaga garisan mengesan bola terkena tangan Mohd Farisham Ismail di dalam kotak penalti. 

Namun penyerangnya, Azrul Ahmad mensia-siakan peluang terbaiknya apabila sepakan keduanya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat setelah sepakan pertama dibatalkan. 

Pada m-25, Felda United FC kembali mencemaskan pintu gol Kelantan apabila sepakan percuma oleh Mohd Lot Abu Hassan ditanduk kemas Mohd Nizaruddin Yusoff namun Khairul Fahmi pantas menyelamatkan keadaan. 

Selang dua minit kemudian, berpunca serangan balas, Chow Chee Weng pantas menyilang bola ke dalam kotak penalti namun tampanan kurang kemas Mohd Nizaruddin menyaksikan bola tersasar biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas di pintu gol Kelantan. 

Di sebalik asakan bertali arus pemain tuan rumah, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri menceriakan penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama pada m-30. 

Berpunca hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti, Muhd Badhri pantas menanduk tepat menewaskan Mohd Hamsani Ahmad untuk menghasilkan gol pertama Kelantan. 

Empat minit berselang, penyerang terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mensia-siakan peluang terbaiknya untuk menjarakkan kedudukan Kelantan setelah menyepak liar ke sebelah kiri pintu gol biarpun hanya berhadapan Mohd Hamsani di dalam kotak penalti pasukan tuan rumah. 

Minit-minit akhir babak pertama, Felda United FC gagal menyamakan kedudukan apabila rembatan Mohd Lot hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan. 

Seminit babak kedua bersambung, Kelantan berjaya menjadikan kedudukan selesa setelah mendahului 2-0. Pemain pertahanan tuan rumah, Rashid Mahmud tertolak bola ke gawang sendiri setelah gagal membaca tepat hantaran mengelirukan Mohd Nurul Azwan Roya ke dalam kotak penalti pasukannya. 

Biarpun ketinggalan dua gol, anak buah E Elavarasan jelas tidak mudah patah semangat malah lebih bersemangat untuk merapatkan jurang namun tandukan terbang bekas penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin pada m-56 berpunca hantaran lintang Mohd Lot dibatalkan oleh pengadil setelah dikesan berada dalam kedudukan offside. 

Tiga minit kemudian, pemain tengahnya, Chow Chee Weng sempat memperdayakan Mohd Daudsu di dalam kotak penalti Kelantan namun rembatan kencangnya pula dinafikan oleh Khairul Fahmi. 

Felda United FC turut mempunyai dua terbaik untuk merapatkan jurang selepas itu apabila rembatan kencang K Rajan pada m-75 terus ke dakapan Khairul Fahmi sementara tandukan cantik pemain gantian, Amir Shahreen Abd Mubin tiga minit kemudian sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan. 

Pada m-85, Felda United FC memperoleh gol sagu hati mereka menerusi tandukan cantik Mohd Hasmarul Fadzir yang menyambut baik sepakan percuma pemain gantian, Mohd Syazwan Zainon. 

Namun kegembiraan pemain tuan rumah meraikan jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila Kelantan kembali menjadikan kedudukan 3-1 tiga minit selepas itu. Tindakan Abdul Ghani Abdul Rahman mengasari Mohd Nurul Azwan didalam kotak penalti akhirnya mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan. 

Norshahrul Idlan mudah menyempurnakan sepakan itu untuk menghasilkan gol ketiga Kelantan seterusnya membunuh semangat juang pemain Felda United FC untuk mencipta kejutan dalam perlawanan malam tadi. 

Kesebelasan utama pemain : 

KL FELDA UNITED FC : Mohd Hamsani Ahmad (KP) (Mohd Faizal Abd Rashid), Abdul Ghani Abd Rahman, Rashid Mahmud, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Ramesh Lai Ban Huat, K Rajan, Mohd Lot Abu Hasan (Amir Shahreen Abd Mubin), Azi Shahril Azmi, Chow Chee Weng (Mohd Syazwan Zainon), Mohd Nizaruddin Yusoff dan Mohd Azrul Ahmad. 

FORMASI : 4-4-2 

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP) (Danial Fadzly Abdullah), Mohd Shakir Shaari (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), S Chanturu, Muhammad Khalid Jamlus (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha. 

FORMASI : 4-4-2

Kelantan Rampas Takhta Liga Super


Selangor putih mata hilang status pendahulu tewas kepada T-Team di Kuala Terengganu

KELANTAN kembali merampas kedudukan teratas Liga Super selepas menewaskan FELDA United 3-1 di Stadium KLFA Cheras, malam tadi. 

Hajat itu tercapai selepas pendahulu terdahulu, Selangor gagal membawa pulang sebarang mata dari kunjungan ke Terengganu apabila tewas 1-2 kepada T-Team.

FELDA United kendalian E Elavarasan seakan dapat mengecewakan pelawat sebaik perlawanan bermula, tetapi selepas gol pertama menerusi sepakan penalti Mohd Azrul Ahmad dibatalkan pengadil dan percubaan keduanya ditangkis penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Kelantan mula bangkit menguasai permainan.

PENJAGA gol FELDA United, Hamsani Ahmad (kanan) berjaya menyelamatkan cubaan penyerang Kelantan, Nor Shahrul  (tengah) sambil dibantu rakan sepasukan Chow Chee Weng dalam saingan Liga Super di  Stadium KLFA, malam tadi. Kelantan menang 3-1.
PENJAGA gol FELDA United, Hamsani Ahmad (kanan) berjaya menyelamatkan cubaan penyerang Kelantan, Nor Shahrul (tengah) sambil dibantu rakan sepasukan Chow Chee Weng dalam saingan Liga Super di Stadium KLFA, malam tadi. Kelantan menang 3-1.

Hantaran cantik Daudsu Jamaluddin kepada Mohd Badri Radzi pada minit ke-30, disempurnakan kapten Kelantan itu untuk mendahului FELDA United 1-0 sehingga tamat babak pertama. 

Pada babak kedua, Kelantan yang turun berbekalkan semangat tinggi selepas mengetahui Selangor tewas di Terengganu, menggandakan jaringan seminit sebaik perlawanan bersambung apabila hantaran Nurul Azwan Roya terkena kaki pertahanan FELDA United untuk menewaskan Mohd Hamsani Ahmad buat kali kedua. 

FELDA United berpeluang merapatkan jurang beberapa minit kemudian, tetapi gol jaringan Nizaruddin Yusof dibatalkan pengadil yang menyangkakan penyerang berpengalaman itu dalam kedudukan ofsaid. Namun tuan rumah tidak berputus asa dan percubaan Hasmarul Fadzir (m-84) membuahkan hasil sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyempurnakan penalti (m-86) selepas Nurul Azwan dijatuhkan dalam kotak penalti. 

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team yang turun tanpa dua tonggak utamanya, Zairol Anuar Zailani dan Subri Sulong, berjaya menyempurnakan misi apabila menundukkan Selangor 2-1 pada perlawanan sebelah petang. 

Muhammad Norfarhan menebus kesilapan awal pada minit ke-38 apabila menanduk masuk gol pertama selepas menerima hantaran tepat Tengku Hasbullah Raja Hassan untuk meletak T-Team di depan sehingga tamat babak pertama. 

Pada babak kedua, Selangor dianugerah sepakan penalti pada minit ke-74 selepas ketua pasukan T-Team, Rosdi Talib menjatuhkan Amirulhadi dalam kotak penalti. Safiq Rahim mudah menyempurnakan sepakan untuk menyamakan kedudukan. 

Namun T-Team terus menggandakan asakan untuk mengecewakan Selangor dan lapan minit sebelum tamat permainan, Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk gol kemenangan selepas menerima umpanan cantik Rosdi. 

Video: Felda United 1 - Kelantan 3

Menyelamatkan sepakan penalti

Gol Pertama Kelantan

Gol Kedua Kelantan

Gol Pertama Felda United

Gol Ketiga Kelantan

Kelantan memintas Selangor untuk muncul peneraju Liga Super setelah melakar kemenangan 3-1 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, semalam.

Juara bertahan Piala Malaysia itu tidak berhadapan masalah untuk mengetepikan saingan Felda United apabila memperoleh jaringan pembukaan menerusi Daud Su Jamaludin pada minit ke-48.

Gol kedua Red Warrior menyusul pada minit ke-56 yang dihasilkan melalui jaringan gol sendiri oleh pemain tuan rumah, Rashid Mahmud dan gol ketiga diledakkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-89.

Gol tunggal Felda United diledakkan oleh Hasmarul Fadzir pada minit ke-84.

Berhati-hati Melawat Orang Meninggal



Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.    Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.  

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.  

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).  

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya). 

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.  

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. 

Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.  Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. 

Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. 

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.  Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. 

Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.  Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. 

Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.  Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. 

Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.  Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.  Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.  Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.   

Sumber