Thursday, April 21, 2011

Program Ikon Muslimat Muda

Program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online merupakan satu program yang cuba menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang ada pada gadis-gadis muslimah sebagai seorang pendakwah.

Program ini telah mendapat persetujuan dan kata sepakat dari ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah selaku pengerusi IDHAMCARE. Menurut beliau, di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fasih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk.


Dana juga disumbangkan dari orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Ini merupakan satu program baru untuk muslimat yang dikenali sebagai ikon muslimat. Tujuan program ini adalah untuk mencari bakat anak-anak gadis yang berkebolehan sebagai pendakwah.

"10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program,"kata Khalil Idham Lim kepada Cina Islam.
.
Turut sama dalam pertemuan itu adalah Pengasas ABO, Ahmad Shaharuddin yang juga terlibat dalam program separa realiti ini berkata bahawa program ini untuk menarik minat gologan muda mendekati Islam melaui konsep dakwah.

"CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia. 

"Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini," kata Sharifuddin Abdul Ghani.

Sharifuddin berkata, setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

"Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini. 

"Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia," ujarnya lagi

Rakaman untuk dokumentari ini akan disiarkan pada 26 April 2011

(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :

MAYBANK 558417102650 atas nama IDHAMCARE
[email atau smskan sumbangan itu dengan option rujukan IKON untuk pengauditan tajaan. Terima kasih. Email : ikon_muslimat@yahoo.com atau SMS ke 012-5118485]

0 komen:

Post a Comment