Sunday, August 1, 2010

Rompak McD Guna Seluar Dalam

Di MIDWEST CITY (Oklahoma), Seorang penganggur wanita yang mendakwa terdesak mahukan wang ditahan selepas merompak restoran McDonald’s menggunakan seluar dalam wanita sebagai topeng. Polis berkata, Sharon Lain, 51, mengaku merompak restoran berkenaan kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Kamera litar tertutup berjaya merakam kejadian itu dan ia kemudian disiarkan stesen televisyen tempatan, membolehkan orang awam menyalurkan maklumat kepada polis.

Apabila diserbu, polis menemui seluar dalam berkenaan bersama sejumlah dadah, termasuk methamphetamine.

Kata polis, Sharon pernah bekerja sebagai pengurus untuk syif malam di restoran berkenaan sebelum dipecat sebulan lalu. Ketika disoal siasat, Sharon berkata, dia memerlukan wang kerana menghadapi masalah ketagihan judi.

Dia kini didakwa kerana merompak dan memiliki dadah. 

Sumber: Reuters

0 komen:

Post a Comment