Wednesday, May 18, 2011

Penyudah Kurang Menjadi



KOTA BHARU – Kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA memberi pengertian seribu makna buat pengendali pasukan Kelantan, Datuk M Karathu biarpun anak didiknya gagal melakarkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri. 

Dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA malam semalam, Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Selangor, namun layak ke perlawanan akhir menerusi kiraan agregat 6-2. Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Shah Alam tempoh hari, Kelantan menang besar 5-1 ke atas lawan yang sama. 

Karathu berkata, keputusan seri ketika menentang Selangor malam semalam sudah memadai bagi membolehkan The Red Warriors melangkah ke perlawanan akhir menentang Terengganu yang dijadualkan pada 11 Jun depan. 

“Malam ini pun, anda lihat saya tidak menurunkan Norshahrul Idlan (Talaha) dan Mohd Nurul Azwan (Roya) kerana mereka mengutip satu kad kuning dan saya tidak mahu terlepas khidmat mereka dalam perlawanan akhir nanti. 

“Sekalipun turun tanpa dua tonggak pertahanan yang menjalani penggantungan satu perlawanan namun kita menguasai perlawanan pada babak pertama. Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) mempunyai t peluang malah S Chanturu juga mempunyai peluang tetapi satu pun tidak diterjemahkan dalam bentuk jaringan. 

“Saya akui penyudah kita tidak begitu menjadi dalam perlawanan ini. Sekiranya kita mempunyai penyerang yang tajam di depan pintu gol, saya rasa kita sudah dapat menjaringkan tiga gol pada babak pertama. Namun saya cukup berpuas hati dengan prestasi pemain muda yang menjalankan tugas mereka dengan cemerlang malam ini,” katanya. 

Karathu berkata, beliau turut memujikan persembahan yang ditunjukkan oleh penyerang veteran, Muhammad Khalid Jamlus yang dilihat mampu beraksi dengan baik sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung, walaupun tahap kecergasan pemain itu kadang-kala diragui. 

“Mohd Shakir (Shaari) seorang pemain yang cukup bagus. Dia memiliki karakter yang lengkap selaku pemain tengah Kelantan terbaik ketika ini. Saya tidak boleh menukar dia kerana terbukti dia menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap perlawanan,” katanya 

Sementara itu ketika mengulas mengenai corak pasukan lawan, Karathu berkata, pada babak pertama Selangor dilihat mengamalkan corak permainan berhati-hati, sambil menunggu barisan pemain Kelantan melakukan kesilapan sebelum melakukan serangan balas. 

“Memang Selangor tidak kerap sangat menyerang dan mereka hanya menunggu untuk mengambil peluang di sebalik kesilapan kita. 

“Saya lihat bila kita menyerang, tetapi pemain kita kehilangan bola, mereka akan cepat-cepat melakukan serangan balas pantas,” katanya.

Venue Final Piala FA Belum ditetapkan



VENUE aksi final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan, hanya akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pemilihan venue itu akan diputus- kan dalam mesyuarat majlis jawatankuasa FAM dalam waktu terdekat.

"Ia masih dalam perbincangan. Kita pasti akan tentukan perlawanan akhir Piala FA pada Jumaat nanti ataupun selewatnya dalam minggu ini," kata Azzuddin semalam.

Ditanya sama ada pemilihan venue akan melibatkan di Kelantan ataupun Terengganu, beliau berkata, perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tersebut tidak mampu menampung jumlah penonton pada aksi final nanti.

Perlawanan itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk ketika Stadium Nasional di Bukit Jalil masih dalam proses pe- nyelenggaraan.

Sekiranya FAM berhasrat untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai venue perlawanan tersebut, badan induk itu perlu mencari RM500,000 untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek di stadium tersebut.

Makin Ramai Pegawai Polis AS Mati dibunuh



WASHINGTON: Seramai 56 pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika Syarikat dibunuh tahun lalu, kebanyakannya ditembak mati oleh penyerang bersenjata, menurut kenyataan statistik dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), semalam.

Bilangan pegawai polis yang terbunuh ketika bertugas bertambah lapan lagi daripada 48 yang dibunuh pada 2009, peningkatan 16 peratus, kata FBI. Sebagai tambahan kepada pegawai polis yang terbunuh tahun lalu, 72 mati akibat kemalangan - peningkatan 24 pegawai berbanding 2009.

Karathu Senyum Lebar


KEGEMBIRAAN jelas terpancar di raut wajah pengendali Kelantan, Datuk M. Karathu sebaik sahaja barisan kendaliannnya mengesahkan tempat ke final Piala FA.

KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melakukan percubaan ke gawang Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu 

Tambah manis, anak-anak buah Karathu melangkah penuh bergaya selepas membenam Selangor di hadapan ribuan penyokong The Red Warriors.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1.

Bagaimanapun, keputusan itu sudah memadai buat Kelan- tan mara ke final Piala FA dengan agregat 6-2 selepas membelasah Selangor 5-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam minggu lalu.

Tanpa berselindung, Karathu mengakui yang kejayaan itu merupakan hadiah bermakna buatnya selepas melihat barisan pemainnya mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang mengharungi Piala FA musim ini.

Menurut Karathu, beliau gembira dengan persembahan barisan pemainnya yang disifatkan telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang dilalui sepanjang saingan kali ini sehingga berjaya menyingkirkan Selangor.

“Saya puji semangat yang ditunjukkan barisan pemain kerana mereka bermain mati- matian.

“Bermula dengan T-Team pada perlawanan yang saya anggap cukup getir diikuti pertemuan menentang Johor FC pada pusingan kedua.

“Kedua-dua perlawanan itu kita bermain di tempat lawan, namun kita berjaya menang hasil komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh barisan pemain.

“Pada pusingan ketiga baru kita bermain di tempat sendiri seterus- nya bertemu dengan Selangor pada perlawanan separuh akhir, namun kita tetap dapat memberikan tumpuan dengan mempamerkan aksi terbaik,” kata Karathu.

Mengulas mengenai persembahan Kelantan malam kelmarin, Karathu memberitahu, beliau tetap berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh barisan pemainnya.

Katanya, meskipun turun tanpa kelibat penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha serta dua tonggak pertahanan Mohd. Farisham Ismail dan Mohd. Zairul Fitree Ishak yang digantung akibat mengumpul dua kad kuning, pasukannya tetap tampil mantap.

“Para pemain telah menunjukkan satu tahap keghairahan yang tinggi iaitu mahu membawa pulang Piala FA ke Kelan- tan musim ini.

“Kemenangan ini adalah hadiah buat para penyokong yang telah banyak memberikan sokongan kepada pasukan dan inilah masa terbaik buat kita menghadiahkan satu lagi kejuaraan buat mereka untuk musim ini,” ujarnya.

Kejayaan layak ke pentas final Piala FA musim ini menyaksikan Karathu berpeluang mencipta satu lagi sejarah baru Kelantan iaitu membawa pulang gelaran itu buat kali pertama selepas gagal disempurnakan oleh Peter James Butler apabila The Red Warriors tumbang kepada Selangor pada final edisi 2009.

Jakarta Akan dilanda Gempa?



JAKARTA: Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan menyeru orang awam supaya bertenang tetapi mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ramalan bahawa Jakarta, Sumatera dan Bandung mungkin dilanda gempa bumi berukuran 8.7 magnitud yang berpusat di Selat Sunda.

“Saya rasa apa pun berita yang tersiar, kita perlu berjaga-jaga,” katanya ketika acara jelajah motosikal sejauh 45 kilometer di Jawa Barat melalu Purwakarta dan Subang, semalam.

Beliau turut berkata akan terus berhubung dengan Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) untuk data lebih tepat mengenai gempa bumi daripada kakitangan khas Presiden untuk Hal Ehwal Sosial dan Bencana, Andi Arief dalam perbincangan yang diadakan Ahad lalu di Jakarta. “BMKG adalah institusi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai gempa,” tambahnya.

“Memang benar gempa mungkin melanda Pulau Jawa hingga ke Papua tetapi Kalimantan tidak terbabit. Saya percaya terdapat gempa setiap hari dalam ramalan itu tetapi pada tahap kecil iaitu di bawah sembilan skala Ritcher, maka tidak diberi perhatian,” katanya.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Malang dan beberapa kawasan di Jawa Timur, pagi semalam hingga mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk.

Karathu Sanjung Red Warriors


Pamer keinginan untuk menang walaupun selesa dengan kedudukan 5-1 

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berbangga dengan semangat juang pemain mudanya ketika menewaskan Selangor pada separuh akhir kedua malam kelmarin walaupun tanpa kelibat 'ayam tambatan' Norshahrul Idlan Talaha.


Penguasaan Kelantan dengan serangan bertubi-tubi sepanjang perlawanan di Kota Bharu itu, bagi Karathu, memberikan impresi keinginan tinggi pemain untuk menang besar walaupun selesa dengan kedudukan 5-1 selepas perlawanan di Shah Alam, 13 Mei lalu.

“Walaupun terikat 1-1, pemain menunjukkan kesungguhan dan hasilnya Mohd Shakir Shaari menjaringkan gol pada minit kesembilan,” katanya yang merehatkan Norshahrul dan Nurul Azwan Roya kerana masing-masing mengutip kad kuning pada perlawanan di Shah Alam dan tidak mahu mengambil risiko bagi final 11 Jun ini. 

“Kami sudah menjangkakan kemenangan malam ini (malam kelmarin),” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Mohammad ke IV itu. 

Karathu berkata, pemain yang menyerlah dalam perlawanan kelmarin adalah ketua pasukan Mohd Badri Radzi dan pemain muda Mohd Azuan Solahudin yang membantu serangan dengan larian pantas dan hantaran tepat.