Monday, April 26, 2010

Tanah Runtuh di Lebuh Raya




GAMBAR menunjukkan tanah runtuh di Lebuh Raya No.3 dekat Keelung di utara Taiwan semalam.TAIPEI - Sejumlah kenderaan tertimbus di bawah timbunan batu dalam satu kejadian tanah runtuh di kawasan seluas 300 meter di Lebuh Raya No.3 di antara Taipei dan Keelung semalam.

Datuk Bandar Keelung, Tung-jung berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.33 petang waktu tempatan apabila lereng sebuah bukit di kilometer 3.1, di hujung utara lebuh raya berkenaan dan ke utara plaza tol Chitu, runtuh dan menyebabkan sebuah jejantas runtuh.

Beberapa saksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkata, sekitar dua hingga empat buah kereta dianggarkan tertimbus dalam bencana itu.

Seorang wanita muncul di lokasi kejadian pada petang semalam dan memberitahu wartawan, dia yakin suaminya tertimbus di bawah tanah runtuh tersebut.

Timbunan tanah dan batu menghalang perjalanan di lebuh raya selebar 100 meter itu dan melitupi semua enam lorongnya pada jarak sejauh 300 meter.

Beberapa pegawai berkata, pihak tentera menghantar kira-kira 200 askar bagi membantu kerja menyelamat manakala 36 jentera berat dan 37 trak tiba di lokasi kejadian bagi membuka semula kawasan tertimbus itu.

Perdana Menteri, Wu Den-yih berkata, kerja-kerja membersihkan tanah runtuh itu dijangka mengambil masa 20 hari jika ia dilakukan berterusan 24 jam sehari.

Punca kejadian itu masih disiasat ekoran tiada gempa bumi atau hujan berlaku di kawasan tersebut semasa bencana. 

Sumber: Agensi

Tuesday, April 20, 2010

Sotong Curi Kamera Video


GAMBAR menunjukkan seekor sotong sedang mencuri kamera video.


Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.

Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut.

Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719).

Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.

Huang kemudian kembali 'mengejar' sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing.

Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut.

Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di laman YouTube di Internet. 

Sumber: Agensi

Sunday, April 18, 2010

Kasih Ibu

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.

Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.










Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.

Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher engan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.




Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

















Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Saturday, April 17, 2010

Meteor meletup di Amerika Syarikat


RAKAMAN menerusi kamera web cam menunjukkan letupan meteor di ruang angkasa Madison, Amerika Syarikat pada malam Rabu lalu.


MADISON - Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya pada malam Rabu lalu. 

Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau. 

Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan. 

Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa. 

Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar. 

"Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara," katanya. 

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. 

Sumber: Agensi

Tuesday, April 13, 2010

Jangan Berpolitik Sahaja


SULTAN SELANGOR memeriksa kawalan kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia pada majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-12 di Shah Alam semalam.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu ahli-ahli politik negeri Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat dan masa.

"Di dalam dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya. Semua ahli dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal budi kepada semua," titah baginda pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di sini semalam.

Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai Ketua Negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.

"Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa sistem semak dan imbang diperlukan bagi memastikan semua kepentingan dapat diteliti," titah baginda yang ingin melihat semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik.

Friday, April 9, 2010

Menjejaki Salasilah Manusia




ISU berhubung sejarah kewujudan manusia pertama di bumi antara persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Meskipun kajian berhubung sejarah kewujudan manusia bukan satu perkara baru, jawapan terhadap persoalan itu telah dimulakan oleh para saintis dan pakar arkeologi sejak awal abad ke-18.

Secara umum, hanya manusia (Homo Sapien) dan manusia Neanderthal yang mendiami bumi dan dianggap majoriti. Golongan Neanderthal dipercayai pupus secara misteri tanpa diketahui sebabnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini dunia sains dikejutkan dengan penemuan tulang manusia purba yang dikatakan sebagai saudara terbaru kepada susur galur manusia. Penemuan itu mungkin mengakibatkan sejarah kewujudan manusia terpaksa dikaji semula.

Tulang yang ditemui itu dipercayai kanak-kanak ditemui di Gua Denisova di kawasan pergunungan Altai, selatan Siberia dianggarkan berusia 40,000 tahun.

Kajian mengenai penemuan itu disiarkan dalam jurnal mingguan, Nature yang dilaporkan oleh Johannes Krause dan Svante Paabo dari Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology di Leipzig, Jerman.

Dalam kajian itu, mereka menerangkan pemetaan asid deoksiribonukleik (DNA) yang terhasil daripada tulang tersebut menunjukkan 400 perbezaan genetik daripada 54 orang manusia dan enam fosil spesies Neanderthal.

Analisis yang menunjukkan spesies purba itu berkongsi keturunan yang sama dengan Homo Sapien dan Neanderthal kira-kira sejuta tahun lalu. Mereka mencadangkan, terdapat penghijrahan lain sebelum itu di luar Afrika yang gagal dikenal pasti.

Kertas kerja medekodkan rangkuman set DNA yang diambil daripada mitokondria yang bertindak sebagai janakuasa sel. Namun kajian itu berbeza berbanding proses DNA biasa yang mengambil nukleus untuk membezakan manusia.

PENEMUAN pelbagai rangka manusia purba di seluruh dunia memberi peluang pengkaji membongkar misteri susur galur manusia.


Paabo berkata, penyelidik sedang mendekod nuklear DNA daripada spesies berkenaan bagi mencari jawapan sama ada ia diletakkan di bawah kategori Homo Sapien, Neanderthal atau bakal menjadi salasilah baru sejarah kewujudan manusia.

Masih kabur 

Tanpa melalui ujian analisis nuklear DNA mereka menjelaskan: "Kami tak menyatakan ia adalah spesies baru walaupun membayangkan ia sesuatu yang tidak mustahil."

Pakar arkeologi, Prof Madya Dr. Asyaari Muhamad berkata, penemuan rangka itu membuktikan kewujudan spesies lain yang mempunyai bentuk dan ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan manusia moden pada hari ini
"Ia merupakan satu penemuan yang besar dalam bidang arkeologi dan mampu mencetuskan fenomena baru kepada para pengkaji meneruskan kajian mereka.

"Walaupun dianggap sebagai spesies baru, namun maklumat mengenainya masih kabur, malah banyak lagi kajian dan ujian perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan itu. Sehingga kini, pengkajinya sendiri masih belum berani mengisytiharkan penemuan rangka itu adalah manusia atau sebaliknya," katanya yang merupakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Asyaari menjelaskan, penemuan artifak dan rangka manusia purba bukan satu perkara baru sejak kajian mengenainya dilakukan oleh para pengkaji di seluruh dunia sejak penghujung abad ke-18.

Ujarnya, beberapa rangka manusia purba juga pernah dijumpai sebelum ini yang memberi bukti susur galur dan penemuan manusia terawal.

Di Malaysia, antara tapak arkeologi yang berjaya dibongkar oleh para pengkaji tempatan setakat ini ialah di Bukit Tengkorak, Sabah; Gua Niah, Sarawak; Bukit Bunuh, Lenggong, Perak dan di Gua Bewah, Terengganu.

KAJIAN mengenai artifak dan rangka manusia telah dimulakan sejak penghujung abad ke-18.


Penemuan-penemuan itu katanya, bukan sahaja memberi bukti terhadap kehidupan manusia malah turut memberi peluang kepada penyelidik mengkaji sosiobudaya masyarakat ketika itu.

Beliau berkata, walaupun terdapat pelbagai bukti dan teori penyelidik Barat, namun sebagai umat Islam mereka wajib mempercayai manusia pertama di bumi ini ialah Nabi Adam A.S.

"Apa yang didakwa sebagai manusia berkemungkinan hanya menyerupai secara fizikal sahaja tetapi sebenarnya bukan manusia. Pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan kewujudan spesies-spesies lain yang mungkin hidup bersama manusia ketika itu," katanya.

Saintis Barat berpendapat, kemunculan manusia bermula dari timur Afrika. Manusia pertama yang berhijrah dari sana adalah Homo Erectus kira-kira dua juta tahun lalu.

Penemuan fosil pertama Homo Erectus dibuat pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di beberapa bahagian Indonesia dan China. Fosil-fosil spesies manusia itu turut ditemui di benua Afrika.

Dua contoh penemuan fosil Homo Erectus yang terkenal di Asia adalah Java Man yang ditemui oleh penyelidik Belanda, Eugene Dubois di Trinil, Pulau Jawa pada tahun 1891 dan di antara tahun 1923 hingga tahun 1927 di Zhoukoudian, China yang dipanggil Peking Man.

Penghijrahan beramai-ramai berlaku dalam dua gelombang. Pertama, ia melibatkan golongan Homo Rhodesiensis yang berhijrah sejak 300,000 hingga 500,000 tahun lalu. Golongan itu juga dikatakan sebagai keturunan asal kepada manusia Neanderthal.

Penghijrahan kedua pula berlaku kira-kira 50,000 tahun lalu membabitkan golongan yang menjadi keturunan manusia sekarang yang dikenali sebagai Homo Sapien.

Penemuan pelbagai fosil daripada sumber haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia zaman purba di beberapa buah lokasi di seluruh dunia telah dijadikan asas oleh penyelidik Barat untuk merungkai misteri tersebut.

Mereka telah mengilhamkan Teori Evolusi iaitu perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan bahawa kewujudan manusia asalnya bukan seperti manusia pada hari ini.

Perdebatan spesies manusia

Teori itu kemudiannya dikembangkan oleh Charles Darwin menerusi bukunya, The Origin of Species. Beliau menyatakan semua jenis haiwan berasal daripada satu sel purba. Seterusnya beliau menulis buku The Descent of Man dan mendakwa manusia berasal daripada perubahan spesies haiwan yang paling maju, iaitu monyet.

Menurut Darwin, melalui evolusi sebagai manusia purba peradaban manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus di alam haiwan dan terikut-ikut cara hidup sebelum itu.

Bagaimanapun Islam mempunyai pandangan yang berbeza. Keturunan manusia bermula daripada Nabi Adam A.S. dan bukannya melalui proses evolusi makhluk-makhluk lain. 

Adam dicipta daripada tanah liat seperti firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 26 yang bermaksud: "Kami menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya."

GUA Niah di Sarawak pernah diduduki manusia purba kira-kira 40,000 tahun lalu.


Penciptaan Adam adalah sempurna dan menjadi bapa kepada seluruh manusia dari mula hingga hari kiamat. Adam dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan serta menimba ilmu pengetahuan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan spesies manusia di Siberia itu membuktikan masih banyak spesies manusia yang belum diketahui.

Beliau mendedahkan, persepsi berhubung kewujudan manusia pernah menjadi perdebatan apabila para pengkaji menemui fosil saiz otak sebesar buah anggur di Liang Bua, Kepulauan Flores, Indonesia.

Kajian yang dilakukan oleh Profesor R. P. Soeyono dari Pusat Penelitian Arkeologi Indonesia pada tahun 2003 itu menemui spesies manusia hobit yang mempunyai ketinggian kurang daripada satu meter dan berusia sekitar 18,000 tahun.

"Pada satu seminar yang mengumpulkan ramai saintis dan pakar arkeologi kira-kira dua tahun lalu mengesahkan ia adalah manusia. Resolusi akhir pada seminar itu menyimpulkan berlakunya kecacatan terhadap spesies berkenaan yang menyumbang kepada perbezaan ciri fizikalnya," katanya.

Beliau berpendapat, dari sudut saintifik sekiranya analisis terhadap penemuan rangka di Siberia itu tepat, para pengkaji memerlukan lebih banyak data untuk mengisi, memperbaiki dan memecahkan kumpulan-kumpulan manusia.

"Jika analisis DNA berkenaan adalah spesies yang betul, saintis perlu melakukan lebih banyak kajian untuk mengetahui kewujudan manusia pada hari ini," ujarnya.

Nasib Malang Diburu Dzud


MUSIM sejuk yang melampau mengakibatkan para petani di Mongolia mengalami kerugian.


SELEPAS musim sejuk tahun lalu kira-kira 1,000 ekor haiwan ternakannya terbunuh. Petani wanita, Baatariin Erdenechimeg berpindah dengan merentasi Mongolia untuk memulakan hidup baru.

Namun musim sejuk kali ini tidak ada bezanya dengan tahun lalu kerana keluarganya kehilangan satu pertiga daripada ternakan dan mungkin lebih banyak yang akan mati sebelum tiba musim panas.

"Ternakan kami tidak tahan dengan cuaca yang terlalu sejuk. Mereka rebah di atas salji dan mati dalam masa 24 jam. Haiwan yang masih hidup pula kini tinggal kulit dan tulang saja," kata Erdenechimeg, 42, yang mempunyai dua orang anak.

Erdenechimeg adalah salah seorang daripada beribu-ribu penduduk Mongolia yang hidup berpindah-randah dan bergantung sepenuhnya kepada ternakan untuk hidup. Namun kini, mereka bergelut dengan dzud kedua berturut-turut iaitu musim sejuk melampau selepas musim kering.

Fenomena cuaca buruk itu adalah antara tragedi yang melanda Mongolia dan menyebabkan masalah bekalan makanan untuk ternakan serta generasi yang tinggal di kawasan tengah Asia itu.

Lebih 3.5 juta ternakan seperti lembu, biri-biri, kambing, yak, kuda dan unta menjadi mangsa suhu rendah dengan 60 peratus negara miskin Asia diliputi salji.

Bangkai beku haiwan jelas kelihatan di padang ragut Mongolia dengan keadaan separuh tertanam di dalam salji. Januari lalu merupakan musim sejuk terburuk dengan suhu lampau sejuk serendah -40 darjah Celcius selama tiga minggu berturut-turut, kata Erdenechimeg.

Bagi memastikan ternakan terus hidup, dia mengurung mereka di dalam kandang yang sempit sementara suaminya, Batdorj keluar meredah kegelapan untuk mencari ternakan yang sesat.

Lapan ekor kuda rebah ke tanah, begitu juga dengan sekumpulan biri-biri dan kambing Kashmir. Sekumpulan lagi kambing berjaya diselamatkan itupun kerana Erdenechimeg menempatkan mereka di dalam ger iaitu khemah berbentuk bulat yang digunakan oleh etnik nomad itu.

Kehilangan ternakan

Lebih banyak binatang ternak mati sebelum musim sejuk tamat kerana ketiadaan bekalan makanan. Tanah yang dipenuhi salji tidak akan bertukar hijau untuk sekurang-kurangnya enam minggu lagi.

"Kami mengalami nasib malang bertimpa-timpa. Tahun lalu kami kehilangan banyak ternakan jadi kami berpindah ke kawasan lain tetapi dzud mengekori kami," luah Erdenechimeg.

Dzud besar kali terakhir melanda Mongolia selama tiga musim berturut-turut dari tahun 2000 hingga tahun 2002 dengan anggaran 2.5 juta ternakan mati setiap tahun.

Berpuluh-puluh ribu penternak yang kehilangan segala-galanya berpindah ke ibu negara, Ulan Bator untuk mencari pekerjaan dan kebanyakan daripada mereka gagal berbuat demikian dan kadar pengangguran di negara itu melebihi 30 peratus.

ERDENECHING antara rakyat Mongolia yang terpaksa hidup berpindah-randah untuk melarikan diri daripada ancaman musim sejuk.


Dzud tahun ini lebih mengerikan dengan anggaran lima juta ternakan mungkin mati sebelum musim sejuk.

Penternak yang mempunyai 200 ternakan atau kurang adalah yang paling teruk terjejas. Tanpa pengalaman dan kurang persediaan menghadapi cuaca sejuk, kebanyakan daripada mereka kehilangan antara 50 hingga 60 peratus ternakan.

"Meskipun pengusaha ternakan besar-besaran berjaya melalui musim sejuk, namun penternak kecil-kecilan tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk berdepan dengan semua ini. Mereka perlu beralih daripada membela ternakan kepada bentuk perniagaan lain," kata Akbar Usmani, wakil Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPD) di Mongolia.

Bantuan kecemasan

PBB menganggarkan AS$15 juta (RM50 juta) dalam bentuk bantuan kecemasan diberikan kepada penternak bagi membantu mereka bertahan dalam cuaca sejuk dan dapat menyelamatkan ternakan.

Dua konvoi yang membawa makanan ternakan, selimut, baju dan tepung sudah pun meninggalkan Ulan Bator.
Pasukan kecemasan juga dikerahkan ke kawasan pedalaman untuk memudahkan wanita mengandung dibawa ke hospital. Namun di bahagian barat negara itu, beratus-ratus kediaman sukar dimasuki kenderaan kerana salji tebal.

"Mongolia lebih kurang sama saiz dengan Alaska dan jumlah penduduk seramai 2.7 juta. Maka untuk berjumpa dengan sebilangan penternak adalah satu cabaran," kata Usmani lagi.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) pada bulan lalu menganggarkan kerugian ekonomi berpunca daripada dzud kini mencapai AS$60 juta (RM200 juta).

Sembilan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dengan kebanyakannya di kalangan penternak yang sesat ketika mencari ternakan.

Petugas lapangan PBB melaporkan banyak kes trauma di kalangan penternak yang tidak dapat menerima hakikat dengan pemandangan ternakan-ternakan mati berhampiran rumah mereka.

"Apabila kami sampai di rumah mereka, mereka terus menangis. Mereka terkejut melihat ternakan kesayangan mereka mati dalam keadaan beku dan kebuluran," ujar Ulaanbayariin Tungalag, petugas PBB di wilayah Dundgobi adalah kawasan paling teruk dilanda musim sejuk.

Sebaik salji mencair kelak, UNPD dan Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) akan melancarkan projek pembersihan bangkai ternakan bernilai AS$1.8 juta (RM6 juta) yang bertujuan mengelakkan masalah jangkitan penyakit daripada pereputan bangkai. 

Sumber: AFP

Burung Hantu Takut Terbang


TROY terbang rendah semasa mengekori Tonen di Hampshire, Britain baru-baru ini.


Seekor burung hantu jinak di Britain yang dikenali dengan nama Troy tidak berani terbang tinggi lebih 1.78 meter kerana mengalami masalah fobia pada ketinggian, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ketua Yayasan Pemuliharaan Hawk di sini, Ashley Smith berkata, Troy dihantui perasaan takut pada tempat tinggi menyebabkan ia langsung terlupa identitinya sebagai seekor burung.

"Ia berada dalam kurungan di yayasan ini agak lama dan sepanjang tempoh itu Troy belum pernah terbang lebih tinggi sehingga burung tersebut tidak tahu duduk di pokok atau memburu," katanya.

Penjaganya, Gareth Tonen berkata, Troy yang kini berusia setahun ditemui terjatuh dari sarang di sebatang pokok sejak ia masih kecil. 

Sumber: Agensi

Thursday, April 8, 2010

Suami Isteri Maut Selepas Langgar Pokok


ANGGOTA polis melihat mayat sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah kenderaan lain sebelum melanggar pokok di Jalan Loke Yew, Cheras di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa Yong Beng Huat, 40 (gambar kecil), dan isterinya, Lee May Ling, 39, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh Beng Huat difahamkan sedang dalam perjalanan dari Cheras menghala ke ibu negara.

Jurucakap polis berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki.

"Bagaimanapun, cubaan untuk memotong gagal menyebabkan kereta yang dipandu mangsa terlanggar bahagian belakang kereta di hadapannya itu.

"Akibatnya, kedua-dua kereta terbabit tersasar laluan dan kereta mangsa merempuh sebatang pokok di atas pembahagi jalan sehingga remuk di bahagian depan," katanya jurucakap itu semalam.

Kolej Di Saman RM5 juta


BAPA kepada mangsa rogol, Adnan Yusof menunjukkan notis saman terhadap sebuah kolej di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah kolej kejururawatan di sini menfailkan tuntutan saman lebih RM5 juta terhadap pihak pengurusan kolej Kejururawatan Masterskill kerana mendakwa cuai dan gagal dalam menjaga keselamatan dirinya semalam.

Tindakan itu dilakukan berikutan pelajar yang berusia 24 tahun itu mendakwa telah dirogol seorang lelaki yang menceroboh masuk asrama kolej berkenaan pada pukul 8.15 pagi 9 Februari lalu.

Plaintif menfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya, Mohd. Rafizi Abdullah dan Mohd. Zubairi Salleh dari Rafizi Zubairi & Co.

Dakwanya, sebelum kejadian, mangsa dan lima rakan sebiliknya telah didatangi seorang lelaki yang bertanyakan mengenai seorang wanita sebelum keluar selepas gagal menemuinya.

Bagaimanapun selepas itu, plaintif mendakwa dia telah dirogol oleh lelaki yang sama dan bersenjatakan pisau itu ketika dia pergi ke bilik air untuk mandi.

Mangsa kini trauma serta mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa menangguhkan pengajian di kolej tersebut akibat malu.

Sunday, April 4, 2010

Pengumpul Video Lucah


AINI rela aksinya dirakam selepas menonton video lucah.


KLIP video atau video cakera padat (VCD) lucah sebenarnya tidak sukar untuk diperoleh di negara ini. Kalaupun bukan dibeli daripada penjual VCD cetak rompak, ia boleh dimuat turun daripada Internet. Malah, lebih mudah dikongsi daripada telefon bimbit ke telefon bimbit lain.

Dengan durasi dari dua minit hingga sejam, pengumpul video lucah ini selalunya melayan nafsu dengan cara mereka sendiri.

Oleh kerana ketagihan video lucah, Khalid (bukan nama sebenar) kini terpaksa menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan akhlak di Hulu Langat, Selangor.

Lelaki bertubuh sasa dan memiliki personaliti menarik ini baru berusia 23 tahun.

Khalid terjebak dengan vidoe lucah bermula semasa dia tinggal di kuaters kerajaan di Pahang kerana mengikuti ayahnya yang bekerja dalam perkhidmatan awam.

“Ramai kakitangan kerajaan yang masih bujang bekerja di situ dan antara aktiviti wajib mereka ialah menonton VCD lucah,” katanya.

Khalid berkata, dia mula menonton VCD lucah pada usia lapan tahun iaitu semasa mengunjungi sebuah rumah kuarters yang didiami lima lelaki bujang.

“Saya suka melepak di rumah mereka namun pada satu hari, tiada siapa di ruang tamu dan di televisyen pula terpapar aksi seks yang dilakukan pasangan orang putih.

Ajak kawan

“Walaupun masih kecil, saya teruja menyaksikannya kerana bukan senang untuk melihat video lucah. Saya leka sehingga salah seorang daripada lelaki bujang itu menyedari perkara itu dan menyuruh saya keluar,” katanya.

Sejak itu, Khalid ketagih menonton video lucah. Tidak puas menonton seorang diri, dia mengajak pula kawan-kawan sekolahnya.

“Kami akan membeli VCD berharga RM10 dan menonton aksi panas itu beramai-ramai semasa ibu bapa bekerja. Dapat tonton dua jam sudah cukup.

“Malangnya, kami bukan setakat menonton. Aktiviti selepas itu ternyata menjijikkan. Kami akan melakukan pertandingan onani,” ceritanya mengundang kejutan penulis.

Bicaranya lagi, dia gemar menonton video lucah yang dilakukan orang putih dan lelaki kulit hitam kerana lebih cepat terangsang. Mereka juga lebih bertenaga berbanding aksi seks bangsa lain.

Pelacur

Mujur, Khalid tidak terdorong melakukan hubungan seks dengan wanita.

Namun, sebaik sahaja meningkat umur 12 tahun, Khalid dan rakan-rakan mula melakukan perbuatan terkutuk itu. Segalanya disebabkan pengaruh video lucah.

“Kami akan meniru aksi pelakon lucah itu dari mula hingga selesai.

“Kebiasaannya saya dan rakan-rakan akan mencari kawan perempuan yang agak sosial untuk bersembang-sembang. Ada tukang cover line bagi memastikan kami tidak kantoi.

“Selepas itu, kami akan melakukan aksi ringan di dalam kelas seperti meraba bahagian sulit dan payu dara mereka sebelum membawa mereka ke rumah masing-masing bila line clear (tiada gangguan),” katanya.

Khalid berhenti sekolah pada usia 17 tahun dan bekerja sebagai penjaga kelab malam. Perangainya bertambah teruk.

“Kali ini lebih rancak, saya layan pelacur. Sebelum melakukan hubungan seks, saya wajib menonton video lucah untuk mendapat kepuasan. Saya bangga memiliki beribu-ribu klip video dan VCD lucah pada masa itu.
“Tetapi saya memikirkan sampai bila saya mahu melakukan perkara terkutuk itu. 

“Mungkin ada petunjuk daripada Tuhan. Saya dengan rela hati memasuki pusat pemulihan akhlak ini bagi menyucikan kembali jiwa saya,” katanya.

Bagi Aini, 20, yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dia tidak menyangka perbuatannya mencuri VCD lucah milik bapanya membawa petaka kepada dirinya.

Katanya, semasa di tingkatan tiga dia ternampak beberapa keping VCD lucah tersimpan di dalam beg milik bapanya. VCD lucah pertama yang dicurinya ialah filem Original Sin lakonan Angelina Jolie.

“Saya terus menonton bersama rakan-rakan tetapi tidak begitu terangsang sebaliknya hanya untuk berseronok. Lagipun saya seorang tomboi dan mempunyai sifat seperti lelaki,” katanya.

Bapa Aini yang menyedari tindak-tanduk anak perempuannya itu bertindak menyorokkan VCD lucah berkenaan ke dalam bonet kereta, namun Aini masih dapat mencarinya.

Kegiatan Aini semakin rancak setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di sebuah universiti swasta di Melaka.

“Saya menyewa sebuah pangsapuri kecil dan duduk bersama tiga orang lelaki dan selebihnya wanita. Kami betul-betul hidup mengikut norma Barat yang berpaksi kepada kebebasan tanpa had.

“Kami sering mengadakan parti liar, minum arak sehingga mabuk selain mengambil ganja. Menonton video lucah menggunakan komputer riba menjadi perkara wajib setiap hari,” kenangnya.

Tetapi Aini belum teringin melakukan hubungan seks sehingga akhirnya dia tewas pada lelaki bernama Fendi, teman serumahnya.

VIDEO lucah telah meracuni pemikiran Khalid sejak berusia lapan tahun.


Rakam

Aini sering menonton VCD lucah bersama Fendi sehingga mereka terlanjur.

“Dia pandai memujuk rayu sehingga kami terlanjur. Awalnya saya berasa kesal tetapi apabila merasai nikmatnya, rasa seronok pula. Dalam sebulan, kami melakukan hubungan seks sebanyak lebih 20 kali.

“Adegan yang paling teruk kami pernah lakukan ialah tangan dan kaki saya diikat dan mata ditutup,” kata Aini.

Namun, apa yang paling memalukan ialah apabila dia membiarkan gambar separuh bogelnya yang dirakam Fendi.

“Mulanya saya tidak selesa tapi apabila Fendi kata gambar itu tidak akan menjejaskan saya, saya merelakannya. Pada masa itu, saya seperti seorang bakal peguam terlampau pula.

“Malah, saya membenarkan aksi seks kami dirakam kamera video. 

“Malangnya, rahsia kami terbongkar setelah pemacu pena yang menyimpan gambar dan rakaman video seks kami dicuri orang,” katanya.

Lebih memalukan, gambar Aini ditampal di papan kenyataan pangsapurinya menyebabkan dia dipanggil oleh pihak pengurusan.

“Perkara itu amat mengaibkan sehingga saya hampir membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 pangsapuri.

“Nasib baik saya masih waras. Saya mengambil keputusan berhenti daripada universiti pada hari itu juga dan ibu meminta saya memasuki pusat pemulihan akhlak untuk rawatan.

“Menyesal tidak cukup. Saya berjanji apabila keluar kelak saya akan menebus kesilapan lalu dan menjadi manusia yang lebih berguna,” katanya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Saturday, April 3, 2010

Lagi Pengasas Facebook Buat Hal


GAMBAR menunjukkan Cameron (kiri) dan Tyler (kanan).


LONDON - Bintang pendayung perahu lumba iaitu kembar seiras Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang juga pelajar Universiti Oxford mendakwa mereka dikhianati oleh pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Zuckerberg didakwa mencuri idea mereka untuk menghasilkan laman sosial tersebut ketika mereka masih belajar di Universiti Harvard Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003. 

Menurut Tyler dan Cameron, pada mulanya Zuckerberg diminta membantu mereka dalam program laman web Connect U bagi mencari teman wanita.

Namun, apa yang berlaku kemudiannya ialah pada Februari 2004, Zuckerberg melancarkan Facebook. 

"Kami rasa dikhianati dan sangat terkejut. Namun, rasa terkejut itu bertukar menjadi usaha untuk membetulkan keadaan tanpa mengambil kira berapa banyak wang atau masa yang akan diambil," kata Tyler. 

Dalam tempoh enam tahun, Facebook menjadi satu fenomena dengan nilai mencecah AS$5 bilion (RM16.2 bilion) dan 400 juta ahli. 

Sehingga kini, perebutan secara undang-undang masih belum berakhir berhubung isu Facebook. 

Walaupun telah dibayar AS$65 juta (RM211 juta) dalam bentuk tunai berhubung satu penyelesaian mengenai kes Facebook, kembar itu masih membuat tuntutan saham ekuiti.

ZUCKERBERG


Kembar yang berketinggian 198.12 sentimeter dengan berat badan 89.8 kilogram itu juga bakal terlibat dalam filem blockbuster terbitan Paramount Pictures bertajuk The Social Network, berkaitan fenomena Facebook. 

Mereka yang berasal daripada keluarga kaya di Connecticut, Amerika Syarikat akan mewakli Oxford dalam acara perlumbaan mendayung perahu dengan Universiti Cambridge hari ini. 

Sumber: Agensi

Mana Perginya Air?


KAWASAN bukit dan hutan yang diceroboh akibat aktiviti pembalakan dan pertanian tanpa kawalan akan membawa kesan buruk.


BAYANGKAN suatu hari nanti, anda terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO berharga kira-kira 50 sen seliter dan kalau anda menggunakan 1,000 liter sebulan, bil anda boleh mencecah RM500.

Sanggupkah anda membayar sebegitu mahal untuk air yang digunakan bagi tujuan memasak, mandi atau membasuh baju?

Mungkin sukar membayangkan senario ekstrem sebegitu. Apa tidaknya, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen bagi satu meter padu atau 1,000 liter air. Sumber air bersih dan dirawat dirasakan seperti tidak akan kehabisan.

Tapi hakikatnya, Malaysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Masalah ini bukan saja membelenggu Malaysia, malah seluruh dunia. Ingat, hanya dua peratus daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia. Selebihnya ialah air laut. 

Jika kita gagal menjaga dan melindungi sumber bekalan air yang dua peratus itu, kita mungkin terpaksa menggunakan proses desalinasi untuk bekalan air harian kita.

Desalinasi adalah proses yang menjadikan air laut selamat diminum oleh manusia, seperti osmosis balikan. Namun begitu, prosesnya menelan kos yang begitu tinggi dan tentunya orang ramai tidak sanggup membayar harganya.

Tadahan air dimusnahkan

Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih?

"Di Malaysia, sebab utama adalah pencemaran dan tadbir urus yang lemah di kawasan tadahan air," kata Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran.

"Antara petanda pertama perkara ini sedang berlaku ialah tarif air yang semakin meningkat."

GENERASI akan datang mungkin tidak lagi dapat merasai bekalan air besih secara semula jadi.


Kata beliau, kawasan tadahan air dan sekitarnya harus diwartakan. Namun, apa yang sedang berlaku adalah kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan dan perladangan menggunakan kawasan itu demi keuntungan jangka pendek.

Hasilnya? Pencemaran berlaku di kawasan tadahan air hingga meningkatkan kos rawatan air. Lebih buruk, jika tahap pencemarannya mencapai tahap kritikal, loji rawatan air berkaitan terpaksa ditutup.

Beliau memberi contoh projek terbaru di sebuah negeri yang merupakan satu projek ladang getah seluas 443 hektar. Projek ini membabitkan penerokaan hutan di dua stesen pengambilan dan penapisan air.

"Apa yang sedang berlaku di situ adalah hutan-hutan ditebang dan pokok getah pula ditanam. Tanah pula ditabur baja dan racun perosak dalam jumlah yang banyak. Semua bahan kimia ini akan meresap ke dalam tanah seterusnya terbawa ke dalam sungai apabila hujan.

"Kalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat. Kalau ketiga-tiga bahan kimia ini berada di dalam air, kos merawatnya amat tinggi. Biasanya, jika pencemaran amonia dikenal pasti berlaku di sesuatu loji rawatan air, ia akan ditutup serta-merta," katanya.

Itulah yang berlaku di Sungai Batang Nilai, Negeri Sembilan dan Sungai Langat, Selangor.

Piarapakaran mengingatkan bahawa racun yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak turut boleh membunuh manusia.

Hutan kita, sumber air kita

Malaysia masih banyak sumber air kerana hutan dan fungsinya sebagai kawasan tadahan air.

"Tetapi kalau pihak berkuasa sering tunduk kepada syarikat pembalakan yang hanya ingin membuat pembalakan terancang, kita akan menghadapi masalah yang besar," kata Piarapakaran.
Katanya di Perak, banyak hutan hujan di Banjaran Titiwangsa telah dimusnahkan.

Keratan rentas Semenanjung Malaysia menunjukkan bagaimana banjaran itu merupakan tulang belakang kepada kehidupan rakyat Malaysia. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari Pantai Timur ke Pantai Barat dengan dikawal oleh pokok-pokok di hutan yang menadah air hujan itu dan melepaskannya perlahan-lahan ke seluruh Semenanjung.

Selebihnya akan diserap ke dalam tanah dan juga menjadi sumber air tanah yang dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tasik. Ini memastikan sumber air yang berterusan tidak kira pada musim hujan atau pun kemarau.

"Dengan cara itulah hutan menyokong kehidupan kita," kata Piarapakaran.

Kegagalan melindungi khazanah ini boleh mengakibatkan masalah air yang kronik, seperti halnya di Perak.

Dahulu, jarang sekali didengar banjir berlaku di Perak, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Larut Matang dan Selama.

Kawasan itu menerima kadar hujan tertinggi di Malaysia iaitu 5,000 milimeter (mm) setahun. Namun, ia tidak pernah dilanda banjir sehinggalah baru-baru ini bila Bukit Larut di Taiping mengalami banjir.

Itu semua gara-gara penebangan hutan yang berleluasa di bukit itu, kata Piarapakaran.

Beliau menerangkan kadar aliran masuk yang rendah ke dalam tanah menyebabkan air hujan mengalir terus ke dalam tasik sehingga berlakunya banjir.

Apabila cuaca panas kembali, tasik itu akan kekeringan dan keseluruhan sumber air akan hilang begitu sahaja.

Katanya perkara itu sudah pun berlaku di Gunung Semanggol, Perak, yang kehilangan sebuah sungai disebabkan aktiviti pembalakan di sekelilingnya.

Katanya negeri-negeri yang mengalami tekanan air yang sama ialah Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.

"Lihat sahaja Melaka, yang pernah mengalami krisis air yang teruk. Mengapa? Cubalah lihat berapa hutannya yang tinggal. Hampir tiada, kerana semuanya dikorbankan untuk aktiviti perladangan."

Di Kelantan pula, mana-mana aktiviti pembalakan akan memberi kesan buruk serta-merta kerana tanahnya merupakan tanah liat yang mempunyai paras ketelapan air yang rendah. Ini dicerminkan melalui banjir teruk yang berlaku saban tahun di negeri itu.

Bukan perubahan iklim

Memang selalu didengar pihak yang mengatakan perubahan iklimlah penyebab krisis air, kemarau, banjir dan pelbagai masalah lain.

"Tetapi bukan perubahan iklim semata-mata yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kita juga telah 'mendera' sistem itu," kata Piarapakaran.

Sistem yang dimaksudkan bukanlah rumit - jika keseimbangan hutan dikacau ganggu, impaknya akan menjejas bekalan air.

Friday, April 2, 2010

Apa Akan Jadi Pada Tahun 2036?




ADAKAH benar seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak apabila asteroid jatuh ke Bumi dunia akan kiamat?

Bahkan, ramai yang membayangkan penghujung tamadun dunia bakal berakhir apabila batu dari angkasa itu jatuh ke atmosfera.

Itu semua bayangan penduduk dunia apabila kita dikejutkan dengan penemuan yang mengaitkan punca sebenar kepupusan dinosaur disebabkan oleh asteroid berukuran kira-kira 15 kilometer (km) lebar menghentam Bumi.

Penemuan terbaru itu secara tidak langsung menyangkal kajian yang dibuat oleh saintis sebelum itu mengenai kepupusan hidupan purba tersebut berpunca daripada satu siri letusan gunung berapi di India.

Lipatan sejarah juga pernah menceritakan, 65 juta tahun lalu, hentaman asteroid melanggar Bumi di Chicxulub, Mexico dengan kuasa berbilion-bilion bom atom sehingga menghapuskan lebih separuh spesies di planet Bumi termasuk dinosaur.

Akibat hentaman tersebut yang dikatakan mempunyai kekuatan bilion kali ganda berbanding bom atom di Hiroshima, ia menyebabkan mamalia menjadi spesies dominan di Bumi. Akhirnya mencetuskan insiden seperti musim sejuk secara melampau yang memusnahkan kebanyakan hidupan dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Itu cerita 65 juta tahun dahulu. Bagaimana dengan sekarang dan akan datang? Adakah manusia yang menghuni Bumi akan mengalami nasib yang sama seperti dinosaur yang telah musnah akibat hentaman asteroid? 

Ancaman 2036

Pada 20 Februari 2007, Reuters melaporkan bahawa sebuah asteroid mungkin menghampiri Bumi pada tahun 2036.

Sehubungan itu, para saintis menyarankan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan misi angkasa lepas bagi melencongkannya.

Asteroid yang diberi nama Apophis itu dijangka merempuh Bumi pada 13 April 2036 sedang dipantau, malah misi untuk melencongkan asteroid sepanjang 40 meter itu dijangka menelan belanja sebanyak RM1.04 bilion.

Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia merangkap Penyelaras Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Profesor Madya Nasirun Mohd. Salleh memberitahu, asteroid kadangkala dipanggil planet kecil atau platenoid.

HENTAMAN asteroid 65 juta tahun lalu dikatakan menghapuskan separuh spesies di planet Bumi termasuk dinosaur.


Menurutnya, asteroid terbina daripada batu-batuan pejal yang tidak sempat menjadi planet semasa permulaan pembentukan sistem matahari.

"Batu-batuan pejal ini bukanlah dalam erti kata batu tetapi ia terdiri daripada batuan dan logam besi iaitu nikel. Secara umumnya permukaan asteroid terdiri daripada batuan logam sedangkan terasnya adalah besi padu. Bentuk dan saiz asteroid adalah pelbagai dan tidak mempunyai rupa yang tetap, ada yang berupa bentuk kentang dan ada yang bujur telur.

"Dakwaan mengenai asteroid tergolong daripada kumpulan planet kecil tidak benar kerana tidak semua asteroid dapat dianggap sedemikian. Terdapat lebih daripada 40,000 asteroid dikenalpasti yang melebihi satu kilometer saiz garis pusatnya, manakala saiz yang mencapai ukuran 1,000 km diameter ialah Ceres yang terletak di antara Marikh dengan Musytari yang boleh dianggap sebagai planet kerdil mengikut takrifan Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) berserta dengan planet Pluto," katanya.

Tambah Nasirun, terdapat 16 asteroid yang melebihi saiz 240 km diameter. Kesemua asteroid tersebut berada di dalam jaluran asteroid yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari.

"Rata-rata asteroid yang menghentam Bumi bersaiz sepuluh meter hingga 30 meter sahaja dan tidak membawa kemusnahan besar. Namun terdapat asteroid yang pernah jatuh ke Bumi bersaiz 100 meter iaitu di New York pada 2,300 tahun yang lalu.

"Kesan tsunami yang dicetusnya sangat dahsyat," jelasnya.

Sementara itu, Felo Bersekutu di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Geri Kibe Ak Gopir, memberitahu orang ramai tidak perlu panik dengan jangkaan Asteroid Apophis yang panjangnya menyamai Menara Kembar Petronas akan menghentam Bumi. Ini kerana peratusannya untuk menghentam Bumi pada tahun 2036 ialah 2.7 peratus dengan kebarangkalian tiga dalam satu juta.

"Asteroid besar menghentam Bumi jarang terjadi. Ia berlaku dalam tempoh berpuluh juta tahun hingga berbilion juta tahun. Kita tidak perlu risau kerana sudah ada teknologi yang membolehkan asteroid dikesan dan dipantau.

"Kedudukan asteroid sebenarnya adalah di jaluran asteroid yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari. Asteroid dalam jaluran berukuran dua hingga empat Unit Astronomi (UA) mengorbit matahari. Satu UA adalah bersamaan dengan 150 juta kilometer," katanya.

Jelas Geri, terdapat beratus ribu asteroid di dalam jaluran asteroid yang mengorbit. Dalam masa yang sama ia pecah akibat berlanggar antara satu sama lain sehingga ada di antaranya terlepas daripada jajaran.

"Jika ia terkeluar dari jajaran dan ditarik oleh graviti Musytari, kita tidak perlu risau kerana ia jauh dari Bumi. Tetapi jika ia tersasar masuk ke dalam orbit Bumi, kebarangkalian ia menghentam Bumi itu ada.

"Sememangnya kita risau kejadian 65 juta tahun lalu berulang kembali. Sebenarnya setiap hari bumi dihentam asteroid. Sesetengah fakta memberitahu, kalau dicampur-campurkan jisim asteroid itu, ia mencecah 1,000 kilogram satu hari, tapi asteroid yang kecil-kecil sahaja," ujarnya.

ANCAMAN asteroid boleh menyebabkan tsunami besar.


Geri menambah umur Bumi sangat tua dan sentiasa berubah atau berevolusi walaupun suatu ketika dahulu Bumi banyak kali dihentam asteroid.

"Kalau nak tahu kita kena hentam, lihat sahaja jiran terdekat kita iaitu Bulan. Permukaannya berkawah-kawah dan itu bukti yang paling jelas Bulan dihentam oleh asteroid. Kenapa ia (kawah) kelihatan jelas di Bulan dan bukan di Bumi? Ini kerana Bumi mempunyai atmosfera, udara, tumbuhan dan gunung berapi yang sentiasa mengubah bentuk muka bumi kita

"Bulan tidak mempunyai atmosfera, tiada udara dan permukaannya tidak berevolusi. Jika rupa Bulan sedemikian satu bilion tahun yang lalu, begitu jugalah rupanya kini," jelasnya.

Ditanya mengenai kepupusan dinosaur adalah disebabkan hentaman asteroid, beliau memberitahu ia merupakan salah satu teori dan pendapat itu semakin diterima sekarang sedangkan ia mula dibangkitkan sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Mengapa ia semakin diterima? Geri memberitahu suatu ketika dahulu dinosaur adalah dominan. Persoalannya bagaimana binatang yang sangat besar itu tiba-tiba pupus dan bagaimana pula binatang lebih tua di air iaitu penyu, buaya dan sebagainya boleh meneruskan survival sedangkan binatang di darat semuanya pupus?

"Apabila asteroid menghentam bumi, kemungkinan ombak naik tinggi, kebakaran besar berlaku menyebabkan semua binatang di darat pupus. Apabila kebakaran berlaku, udara menjadi toksik sehingga menyebabkan binatang tidak boleh bernafas dan tumbuhan yang menjadi sumber makanan mati.

"Kerana itulah hidupan di air seperti penyu dan buaya dapat hidup kerana haiwan tersebut berada di dalam air," katanya.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) telah memulakan pencerapan objek angkasa khususnya komet pada tahun 2008 dan 2009. Namun untuk pencerapan asteroid secara spesifik program itu belum bermula lagi.

Pegawai Penyelidik Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam, memberitahu, kebanyakan saintis percaya objek bersaiz 100 ke 500 meter diameter dapat menembusi atmosfera dan menyebabkan kemusnahan sama ada terbakar semasa memasuki atmosfera Bumi atau menghentam daratan atau lautan.

"Jika hentaman tersebut berlaku di bandar besar atau di lautan berhampiran bandar utama, ia dapat menghasilkan gelombang besar dan bakal memberi kesan berbahaya kepada manusia.

"Secara umumnya, kesan-kesan hentaman asteroid yang dapat dikenalpasti adalah pembentukan kawah besar, penyejukan atmosfera, perubahan iklim dunia akibat kotoran di atmosfera yang menghalang cahaya matahari, hujan asid, kemusnahan hasil pertanian dan tsunami," katanya.

Mengenai ramalan impak pada masa hadapan, Mohd. Fairos memberitahu, penduduk dunia tidak perlu bimbang kerana ancaman daripada penyakit dan kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah lebih tinggi berbanding ancaman asteroid.

Bagaimanapun, ancaman tersebut perlu dibimbangkan dalam jangka masa panjang, namun kebarangkaliannya adalah kecil.

Sebenarnya, kira-kira 100 asteroid telah dikesan pada orbit yang menjadikannya berada hampir dengan orbit Bumi yang membolehkannya menghentam Bumi suatu hari nanti. 

Ini kerana orbit asteroid berubah secara perlahan-lahan mengikut masa. Namun jika orbitnya tidak bersilang dengan Bumi, perlanggaran hanya akan berlaku dalam beribu tahun lagi.

Thursday, April 1, 2010

Video Hina Nabi dan Islam




Sumber video ini dari youtube. Sila sebarkan kepada orang ramai. Flag video ini dan video-video lain yang di upload oleh sucriber ini...dia bukan sahaja menghina Islam tetapi dia menghina Rasullullah SAW..(this is the least that we can do)

Rokok Ada Darah Babi


ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.